Tatacara Pengunaan Tong Sampah oleh MUMSB
Oleh Jabatan Korporat Komunikasi, 03 Mac 2022 |Khamis
Pengguna turut memainkan peranan yang penting bagi menambahbaik kecekapan operasi harian kutipan sampah domestik. Antara peranan pengguna adalah dengan meletakkan sampah ke dalam plastik sampah dengan kemas. Penggunaan tong beroda dengan betul juga adalah tanggungjawab pengguna. Berikut adalah tatacara pengunaan tong sampah dengan betul:
1. Memasukkan sampah ke dalam plastik sampah.
2. Memasukkan plastik sampah ke dalam tong sampah.
3. Meletakkan tong sampah di hadapan rumah.
Penggunaan tong beroda ini adalah untuk sisa domestik sahaja. Pemilik perlu memastikan tong sampah ini berada dalam keadaan bersih dan di cuci. Penggunaan tong sampah yang betul akan memudahkan operasi harian kutipan dijalankan sekaligus dapat memberi impak persekitaran yang lebih bersih dan nyaman.