122,592 Kilogram (kg) Sisa Kitar Semula Di Kutip.
Oleh Jabatan Korporat Komunikasi, 10 Februari 2022 | Khamis
Bagi meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan penduduk, pihak kerajaan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah merangka pelbagai aktiviti termasuk mempromosi amalan pengasingan sisa di punca atau 'Separation at Source (SAS)'.
Melalui amalan SAS, rakyat Malaysia telah berjaya mengasingkan sebanyak 122,592 kilogram (kg) sisa kitar semula serta sisa makanan berjumlah 25,696 kg telah berjaya dikumpul bagi tempoh 2019 hingga 2021.
Meskipun kadar kitar semula meningkat, amalan pengurusan sampah dan kitar semula perlu di titik beratkan oleh lebih ramai penduduk bagi mengurangkan kadar pembuangan sampah di tempat pelupusan sampah.