Edaran Tong Sampah 120L & 240L Secara Percuma Bagi Kawasan Projek Rintis Seri Iskandar
Oleh Jabatan Korporat Komunikasi, 15 Februari 2022 | Selasa
Telah diadakan pada 12 & 13 Februari lalu majlis pengagihan tong sampah di Seri Iskandar. Tong sampah baru ini telah diagihkan secara PERCUMA kepada penduduk dikawasan yang berkenaan. Secara keseluruhan dua hari ini sebanyak 477 daripada 752 premis tong telah diedarkan kepada penduduk di Seri Iskandar, Perak Tengah pada 12hb & 13hb Februari 2022 (Sabtu & Ahad).
Majlis pengagihan tong sampah ini telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Komunikasi Dan Multimedia YB Exco Tuan Khairul Shahril Bin Mohamed diiringi Setiausaha Majlis Daerah Perak Tengah Tuan Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi dan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah Tuan Ridzwan Bin Mohamad di dewan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk penduduk di kawasan Desa Seri Iskandar dan Changkat Sodang atas kerjasama yang telah diberikan.