Amalkan Kitar Semula
Oleh Jabatan Korporat Komunikasi, 16 Disember 2021 |Khamis
Amalan kitar semula amat penting bagi menggurangkan pencemaran yang semakin memberi kesan kepada kesihatan dunia dan boleh menjejaskan masa depan manusia.
Kitar semula akan dapat mengurangkan pembuangan sisa, pencemaran udara daripada proses pembakaran, pencemaran air dari tapak pelupusan sampah serta pengeluaran gas rumah hijau, selain mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu dan tenaga.
Kita perlukan lebih ramai masyarakat yang membudayakan amalan kitar semula kerana amalan ini amat penting untuk mengurangkan kemusnahan dan pencemaran alam semula jadi.
#mumsbprihatin #mumsb #majuperak #recoveringnature #kitajagakita