38,699 tan sisa pepejal
Oleh Jabatan Korporat Komunikasi, 18 November 2021 | Khamis
Kajian menunjukkan rakyat Malaysia telah menghasilkan sisa pepejal sebanyak 38,081 tan sehari dan angka itu terus meningkat pada tahun ini sebanyak 38,699 tan sehari. Menjelang tahun 2022 dianggarkan sebanyak 14 juta tan sisa pepejal akan dikutip setahun.
Antara peranan yang boleh dilakukan masyarakat dalam menguruskan sisa pepejal di kediaman masing-masing ialah membudayakan amalan kitar semula.
Langkah kecil yang bermula dalam diri kita adalah satu langkah penting ke arah keadaan persekitaran yang lebih baik. Jom kita mengamalkan aktiviti-aktiviti kitar semula. Jadikan ia satu budaya!