Apa itu 3R?
Oleh Jabatan Korporat Komunikasi, 23 Disember 2021 | Khamis
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia.
Pengamalkan 3R ini akan dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran. Antara tips yang oleh kita praktikan adalah:
1. Reduce (Pengurangan)
Hanya beli apa yang diperlukan dan kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan.
2. Reuse (Guna Semula)
Bawa beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah dan mengelakkan penggunaan beg plastik.
3. Recycle (Kitar Semula)
Mengamalkan pengasingan kitar semula dirumah dengan mengasingkan bahan-bahan yang boleh di kitar semula mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.