ARTICLE


Program Agenda Nasional Malaysia Sihat 2021.

Oleh Jabatan Korporat Komunikasi, 27 Julai 2021 | Selasa




MUMSB sukarela dalam penglibatan program gotong royong mega cegah denggi yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Manjung dengan usahasama dari Jabatan Kesihatan Manjung, JPAM, PDRM, BOMBA dan Pejabat Tanah. Program bermula seawal 9 pagi bertempat di Taman Desa Pangkor, Pulau Pangkor, Perak.


Menyokong usaha murni semua pihak, MUMSB telah membekalkan sebanyak 3 unit tong RORO bagi memudahkan aktiviti pengangkutan sisa kerja-kerja gotong royong yang diadakan.



#mumsbcsr #mumsbprihatin #mumsb #majuperak #recoveringnature #StayHomeStaySafe #kitajagakita