ARTICLE

01.27
01.27.2

Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca.

Oleh Jabatan Korporat Komunikasi, 28 Januari 2022  | Jumaat





Pengasingan sisa pepejal di punca (Seperation At Source) adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di punca mengikut komposisi sisa pepejal seperti kertas, plastik & lain-lain bahan kitar semula. Sisa baki merupakan sisa pepejal isi rumah yang tidak boleh dikitar semula seperti sisa makanan dan sisa-sisa kotor.

Sisa baki ini perlu diikat kemas dan diletakkan dalam tong sampah yang disediakan. Sisa ini akan dihantar ke tapak pelupusan sampah. Secara umumnya, pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut:


a. Kertas

b. Plastik

c. Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula


Marilah kita amalkan aktiviti pengasingan sisa di punca agar dapat mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.


#mumsb #majuperak #recoveringnature #kitajagakita